Jumaat, 26 Mac 2010

JIHAD ADALAH KEBANGGAAN KITA

    Kemenangan hanya datang daripada Allah,Tuhan yang Maha perkasa dan Maha Bijaksana.Sebuah hadis sahih yang maksudnya menyebut bahawa suatu ketika Muaz r.a berjalan bersama Rasulullah SAW lalu baginda bersabda kepadanya:
    "Muaz,adakah engkau mahu saya bercakap tentang teras dan kemuncak agama ini.Teras kepada agama ini ialah engkau mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang tiada sekutu bagiNya dan Muhammad adalah hamba dan utusan Nya.Tunjang agama ini ialah mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat.Kemuncak agama ini pula ialah Jihad di jalan Allah.Sebenarnya saya telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat serta mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang tiada sekutu bagiNya dan Muhammad adalah hamba danutusanNya.Jika mereka melaksanakannya,mereka akan selamat dan mereka telah menyelamatkan darah dan harta mereka kecuali dengan haknya dan nasib mereka terserah kepada Allah Azza wa Jalla.Demi Tuhan yang memegang nyawa Muhammad,apabila air muka berubah dan kaki berdebu kerana bekerja mencari kedudukan diSyurga,tidak ada satupun amalan selain sembahyang fardhu yang dapat menandingi Jihad dijalan Allah.Tidak ada timbangan yang lebih berat daripada timbangan seekor haiwan yang terkorban dijalan Allah atau haiwan yang membawa tuannya menuju kejalan Allah."
             Inilah takrif Islam menurut Nabi Muhammad SAW.,orang yang paling memahami Islam.
             Medan Jihad dalam Islam ialah Semangat yang kental merindui kegemilangan Islam,Semangat yang membara untuk melihat kuasa Islam,Menangis hiba kerana nasib yang menimpa Umat Islam,Kehinaan yang mereka alami,Dukacita meratapi fenomena yang tidak diredhai oleh AllahSWT dan Nabi MuhammadSAW..Malahan jiwa seorang Muslim yang beriman pasti tidak akan meredhainya.
             Hadis Sahih:"Orang yang tidak mengambil berat nasib umat Islam bukanlah dia dikalangan mereka".
           
 



Wahai Bangsa Ku...
   Al-Quran adalah sebuah kitab yang lengkap.didalam nya,Allah kumpulkan segala asas Aqidah,keperluan asas manusia dan intipati undang2 dunia.Didalam nya wujud segala perintah dan segala larangannya.
1.1.Apakah umat Islam kini mengamalkan kandungan Al-Quran?
1.2.Adakah mereka menyakini segala iktikad yang dinyatakan dalam kitab ini?
1.3Adakah mereka fahami segala matlamat yang dijelaskan didalam nya?
1.4Adakah mereka laksanakan segala undang2 dalam aspek kemasyarakatan dan kehidupan seharian yang termaktub dalam kitab ini dalam seluruh hidup mereka?
Jika hasil kajian kita menunjukan mereka telah melaksanakannya,ini bererti kita telah mencapai matlamat kita.Namun jika kita dapati mereka masih jauh daripada Al-Quran dan masih mengabaikan ajaran serta perintah Al-Quran,ketahuilah...tugas kita kini membawa kita dan mereka yang mengikuti kita untuk sama2 kearah ini.