Jumaat, 26 Mac 2010

JIHAD ADALAH KEBANGGAAN KITA

    Kemenangan hanya datang daripada Allah,Tuhan yang Maha perkasa dan Maha Bijaksana.Sebuah hadis sahih yang maksudnya menyebut bahawa suatu ketika Muaz r.a berjalan bersama Rasulullah SAW lalu baginda bersabda kepadanya:
    "Muaz,adakah engkau mahu saya bercakap tentang teras dan kemuncak agama ini.Teras kepada agama ini ialah engkau mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang tiada sekutu bagiNya dan Muhammad adalah hamba dan utusan Nya.Tunjang agama ini ialah mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat.Kemuncak agama ini pula ialah Jihad di jalan Allah.Sebenarnya saya telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat serta mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang tiada sekutu bagiNya dan Muhammad adalah hamba danutusanNya.Jika mereka melaksanakannya,mereka akan selamat dan mereka telah menyelamatkan darah dan harta mereka kecuali dengan haknya dan nasib mereka terserah kepada Allah Azza wa Jalla.Demi Tuhan yang memegang nyawa Muhammad,apabila air muka berubah dan kaki berdebu kerana bekerja mencari kedudukan diSyurga,tidak ada satupun amalan selain sembahyang fardhu yang dapat menandingi Jihad dijalan Allah.Tidak ada timbangan yang lebih berat daripada timbangan seekor haiwan yang terkorban dijalan Allah atau haiwan yang membawa tuannya menuju kejalan Allah."
             Inilah takrif Islam menurut Nabi Muhammad SAW.,orang yang paling memahami Islam.
             Medan Jihad dalam Islam ialah Semangat yang kental merindui kegemilangan Islam,Semangat yang membara untuk melihat kuasa Islam,Menangis hiba kerana nasib yang menimpa Umat Islam,Kehinaan yang mereka alami,Dukacita meratapi fenomena yang tidak diredhai oleh AllahSWT dan Nabi MuhammadSAW..Malahan jiwa seorang Muslim yang beriman pasti tidak akan meredhainya.
             Hadis Sahih:"Orang yang tidak mengambil berat nasib umat Islam bukanlah dia dikalangan mereka".
           
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan